Jangan tipu, patutnya harga Proton X70 antara RM70k ke RM90k je – Najib Razak



Sehari selepas Proton X70 menjengah pasaran, bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan harganya sebagai agak mahal dan berharap ia akan diturunkan.

"Ramai yang berminat dengan reka bentuk X70 yang cantik dan kelengkapannya yang canggih tetapi kecewa dengan harga yang agak tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenderaan Pelbagai Guna (SUV) pertama Proton itu mempunyai empat varian dengan harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.

"Saya harap kerajaan dan Proton boleh menimbang untuk menurunkan harga model asas yang berhaga RM99,800 sebanyak RM10,000 atau RM15,000, agar lebih ramai rakyat mampu memilikinya," katanya lagi.

Najib ketika majlis menandatangani kerjasama dengan Geely pada 2017.

Menurutnya, harga itu memang patut diturunkan memandangkan kerajaan telah memberi pinjaman mudah dan peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Proton ketika pengumuman kerjasama syarikat itu dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd.

"Pada masa itu saya diberitahu harga kereta ini di China bermula daripada RM63,000 dan harga di Malaysia dijangka antara 10 hingga 20 peratus lebih mahal berikutan faktor cukai dan kelengkapan yang berbeza.

"Mereka memberi gambaran dalam taklimat kepada saya bahawa harga jualan Proton X70 dijangka antara RM70,000 ke RM90,000," katany lagi.

Proton X70 yang diumumkan pada akhir tahun lalu akhirnya dilancarkan semalam. Ia dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong. - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Jangan tipu, patutnya harga Proton X70 antara RM70k ke RM90k je – Najib Razak Jangan tipu, patutnya harga Proton X70 antara RM70k ke RM90k je – Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...