Izzah letak jawatan: "Saya tidak tahu" – Tun M



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak tahu-menahu punca Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.

"Apa? Oh, (letak jawatan) naib presiden. Bukan dari PKR.


"Saya tidak tahu, beliau mesti mempunyai sebabnya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai apa yang terjadi kepada PKR," jawab beliau ketika ditanya mengenai perletakan jawatan tersebut.

Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) ditemui pada suatu majlis di Cyberjaya tengahari ini.



Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang bercakap dengan pemberita di tempat yang sama berharap mendapat penjelasan daripada Izzah.

"Saya baru tahu mengenainya pagi tadi,"



"Saya akan cuba bercakap dengannya dan memahami apa yang sebenarnya terjadi. Saya tiada apa-apa lagi nak ulas," katanya menjawab soalan mengenai perletakan jawatan itu.


Selain, meletak jawatan sebagai naib presiden PKR, Nurul menyatakan beliau juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dalam apa jua kapasiti.

Nurul yang juga anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang mengetahui petugas khas kerajaan mengenai latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).



Dalam kenyataan media sebelum ini, Nurul berkata beliau akan kekal sebagai MP Permatang Pauh tetapi akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.



"Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan," katanya. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : TERKINI: Nurul Izzah letak jawatan

Izzah letak jawatan: "Saya tidak tahu" – Tun M Izzah letak jawatan: "Saya tidak tahu" – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...