Isu 1MDB akan dimasukkan dalam silibus sejarah – Maszlee



Pagi tadi menjawab mengenai soalan silibus sejarah baru era 'Malaysia Baharu', Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkali-kali mengulangi bait-bait kata Winston Churchill, "History is written by the victors" yakni sejarah ditulis oleh sang pemenang.

Maka, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan telah menanyakan beberapa soalan kepada beliau,

1. Bagaimanakah dengan sekolah swasta cina yang tidak mengambil mata pelajaran sejarah Malaysia di dalam silibus mereka?

2. Tajuk apakah yang menjadi kontroversi di dalam silibus sebelum ini yang perlu diubah?

3. Berapa tahunkah sesebuah perkara itu dianggap sebagai sejarah untuk ia perlu dimasukkan di dalam mata pelajaran sejarah di negara kita?

Bagi saya tiada masalah langsung soalan dari Ahli Parlimen Pontian ini, tapi lihatlah sendiri jawapan dari Menteri Pendidikan kita.

Daripada menjawab soalan yang diberikan secara direct dan straight to the point beliau sebaliknya menjawab, isu 1MDB akan dimasukkan sejarah Malaysia, jenayah besar pemimpin menyamun khazanah negara juga akan dimasukkan dalam sejarah.

Ada Phd belum tentu seseorang itu menjadi bijak. Lihat sahaja jawapan bodoh menteri ini.

'Untung' orang Simpang Renggam. Lepas dikencing mansuh tol dan turun harga minyak RM1.50, dibodohkan pula oleh Menteri ini dengan isu-isu yang membuang masa seperti kasut, stoking, certot, sarapan RMT dan kini mahu membuang masa anak-anak dengan isu 1MDB dalam silibus sekolah.

Bak kata orang muda zaman ini, "kata bodoh kang kecik hati". Tapi itulah hakikatnya. – KhairulAzri/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Isu 1MDB akan dimasukkan dalam silibus sejarah – Maszlee Isu 1MDB akan dimasukkan dalam silibus sejarah – Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...