Hormati je la keputusan Nurul Izzah letak jawatan tu – Zuraida



KUALA LUMPUR 17 Dis. - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin percaya keputusan yang diambil oleh Nurul Izzah Anwar untuk meletakkan jawatan dalam parti telah difikirkan secara mendalam daripada pelbagai aspek.

Zuraida yang mengumpul undi kedua terbanyak di belakang Nurul Izzah dalam saingan jawatan Naib Presiden parti, mahu keputusan anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dihormati.

"Jika kita menghormati keputusan beliau untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR di dalam pemilihan parti yang lepas, kini keputusan beliau untuk melepaskan jawatan tersebut juga perlu dihormati oleh seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : TERKINI: Nurul Izzah letak jawatan

Nurul Izzah hari ini mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang.

Zuraida pada masa sama berharap isu itu selanjutnya haruslah berpandukan kepada kepemimpinan Presiden parti.

Pemilihan PKR yang diadakan dari September hingga November lalu menyaksikan Nurul Izzah mengumpul undi terbanyak bagi jawatan Naib Presiden sebanyak 67,050 undi, manakala Zuraida menerima 52,226 undi, diikuti Dr. A. Xavier Jayakumar sebanyak 47,566 undi dan Tian Chua dengan 42,608 undi. - UO
Hormati je la keputusan Nurul Izzah letak jawatan tu – Zuraida Hormati je la keputusan Nurul Izzah letak jawatan tu – Zuraida Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...