Harga RON97, RON95, diesel tak jadi turun esok



HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan buat masa beberapa hari ini, pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.

Menurutnya, Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit dan pada masa sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

"Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna memperolehi manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

"Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi," katanya dalam kenyataan, hari ini. - HM

Asalnya janji nak turunkan harga minyak RM1.50, bukan ikut minggu-minggu. Lepas tu tiru BN harga petrol ikut minggu-minggu. Itu pun esok tak jadi. Kena kencing je la macai PH.


ARTIKEL BERKAITAN : 

PH jangan zalim kutip cukai petrol dari rakyat – Rafizi

RON95 sepatutnya RM1.86 seliter – Najib

Akhrinya PH mengaku rompak subsidi petrol rakyat selama 2 bulan – Najib
Harga RON97, RON95, diesel tak jadi turun esok Harga RON97, RON95, diesel tak jadi turun esok Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 31, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...