Ellie Suriati muncul di Sogo dengan kebaya putih Himpunan Bantah ICERD



Seperti yang dijanjikan, pelakon terkenal tanah air Ellie Suriati muncul di sekitar Sogo dengan berpakai kebaya putih.

Beliau yang juga seorang pengarah, ditemani dengan beberapa orang sahabatnya yang turut berkebaya putih tampil memeriahkan Himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dianjurkan oleh NGO Melayu Islam.

Setakat ini ribuan peserta sedang membanjiri di tiga lokasi yang telah ditetapkan untuk berhimpun.

Setakat ini masih belum ada tangkapan yang dilakukan menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi peserta yang akan berhimpun menjelang pukul 2 petang nanti. – AbuLeman

> Baca artikel lain berkaitan Himpunan ICERD



Ellie Suriati muncul di Sogo dengan kebaya putih Himpunan Bantah ICERD Ellie Suriati muncul di Sogo dengan kebaya putih Himpunan Bantah ICERD Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...