Di mana Menteri Pertahanan menyorok ketika Singapura 'provoke'



JOHOR BAHRU 12 Dis. - Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan pendirian serta ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatan serta keselamatan negara.

Menurut DMJ, mereka mengambil serius konflik pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitkan sempadan ruang udara dan maritim, lebih lagi melibatkan Johor.

“Tindakan membisu sehingga ke hari ini dan membiarkan perkara tersebut tanpa sebarang maklum balas daripada Menteri Pertahanan sangat mendukacitakan.

“DMJ menggesa beliau segera memberikan fokus terhadap isu dan keselamatan negara,” menurut DMJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rakaman video Apache RSAF Singapura di perairan Gelang Patah menglangkaui Disputed Area

DMJ juga berpendapat insiden bot dan kapal dipercayai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dicabar pihak Singapura dengan melakukan pemanduan bot secara berbahaya merupakan satu tindakan provokasi melampau.

Selain itu, tambah DMJ, tindakan tersebut juga boleh mendatangkan kemalangan kepada anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga kedaulatan negara.

“DMJ khuatir jika tiada sebarang perbincangan segera antara kedua negara ia akan memberi kesan terhadap rakyat Malaysia khususnya nelayan di negeri ini yang bergantung sumber rezeki di perairan Johor,” kata DMJ.

Tempoh hari Malaysia diugut akan dikenakan tindakan ketenteraan oleh Singapura tetapi Menteri Pertahanan menjawab dengan makan keropok lekor dulu. Namun posting keropok lekor itu dilihat telah dipadam beberapa ketika. - UO



Di mana Menteri Pertahanan menyorok ketika Singapura 'provoke' Di mana Menteri Pertahanan menyorok ketika Singapura 'provoke' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...