Demi gaji RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali



Adib bekerja dengan tangga gaji gred KB19 iaitu dengain gaji minimum RM1,360. Dengan gaji sekecil itu beliau menggagahkan diri berbakti kepada kaum India pada hari rusuhan di Kuil Sri Mariamman berlaku. Namun sebaliknya dirinya sendiri dibunuh oleh perusuh yang cuba dibantunya. Adilkah?

KUALA KEDAH 18 Dis. - Anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 di Subang Jaya akhir bulan lalu akan dinaikkan pangkat ke Pegawai Bomba Kanan II.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek berkata, kenaikan pangkat dari gred KB19 ke KB22 secara ‘posthumous’ itu berkuatkuasa serta merta.

“Kita rasa dukacita dan terharu dengan pemergian dan pengorbanan serta keberanian Allahyarham yang menjalankan tugas dengan mengenepikan keselamatan diri sehingga cedera dalam tugasan rasmi.

Mohd. Kassim Abdul Hamid, bapa kepada anggota bomba, Muhammad Adib tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, hari ini

“Justeru, kenaikan pangkat ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Allahyarham yang akan menerima pencen,” katanya kepada pemberita selepas selesai upacara pengebumian di Kampung Tebangau Tepi Laut, di sini.

Sementara itu, Mohammad berkata, keluarga Allahyarham juga akan menerima pampasan dan insuran yang berjumlah RM255,756 termasuk khairat kematian.

“Jumlah itu meliputi skim insuran takaful berkelompok sebanyak RM43,000; Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kobopem) berjumlah RM83,000; Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (RM42,000); Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat (RM3,000) dan Pertubuhan Khairat Kematian Bomba Selangor (RM3,000),” katanya.

Selain itu, keluarga Allahyarham juga akan menerima wang pampasan sebanyak RM81,756 daripada Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba (KWKB). - UO


ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali
Demi gaji RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali Demi gaji RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...