DAP mengarahkan Mahathir tolak Rahim



MELAKA: Permohonan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik, dan pengikutnya ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) Melaka akan ditolak, kata Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau menegaskan penerimaan veteran Umno itu boleh merosakkan integriti kerajaan negeri serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH.

Justeru, Khoo mengarahkan PPBM menolak permohonan keahlian daripada bekas ketua menteri itu yang terpalit dengan pelbagai skandal dahulu seperti kes rogol bawah umur, dalang video seks Anwar Ibrahim serta yang mengakibatkan Menteri Kawangan hari ini Lim Guan Eng dipenjarakan dahulu.



Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas Rahim bersama lebih 100 orang mengumumkan mahu sertai PPBM.

Rahim menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dalam satu majlis di Ayer Keroh hari ini. - FMT/AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN :

Rahim Thamby Chik keluar Umno sertai Bersatu

Rahim Tamby Chik dalang fitnah video seks Anwar Ibrahim

Mahathir pengkhianat terima Rahim masuk Bersatu – DAP
DAP mengarahkan Mahathir tolak Rahim DAP mengarahkan Mahathir tolak Rahim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...