Cikgu sekolah tampil mendedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan
Kecoh hari ini di media sosial apabila satu paparan skrin tular menunjukkan satu penipuan telah berlaku di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Paparan skrin itu mendakwa ada 'tangan ghaib' dari Kementerian Pendidikan yang telah menipu peralatan berupa pembesar suara yang diagihkan ke sekolah-sekolah.
Pembesar suara yang dibekalkan ke sekolah-sekolah itu dikatakan berharga RM6,000. Sebanyak dua buah pembesar suara telah dihantar dan ini bermakna harga keseluruhannya adalah RM12,000 yang telah dibelanjakan oleh kementerian itu.
Malangnya menurut paparan skrin itu, setelah diperiksa melalui kedai-kedai online di internet dan juga diperiksa secara offline di kedai-kedai perkakasan berkaitan, harga sebenar bagi pembesar suara-pembesar suara yang berjenaman SHUPU itu adalah hanya sekitar RM1,500 sahaja.
Menurut paparan skrin itu lagi jika perutukan RM6,000 itu mereka boleh dapatkan set pembesar suara dengan jenama yang lebih baik seperti Yamaha 500watt.
Netizen mempersoalkan apa yang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik lakukan di kementeriannya sehingga 'rompakan' serupa ini berlaku di siang hari.
Sebanyak RM12,000 dibelanjakan untuk sebuah sekolah bagi tujuan membekalkan pembesar suara namun RM9,000 telah dirompak.
Netizen juga mempersoalkan, adakah rompakan ini berlaku di semua sekolah di seluruh Malaysia?
Jika ya, ini bermakna sekurang-kurang 8841 buah sekolah telah dirompak dari hasil membekalkan pembesar suara ini yang mana menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM79,569,000.
RM80 juta telah dirompak hanya dari bekalan pembesar suara sahaja. Itu belum lagi rompakan lain jika ada yang tampil mendedahkan lagi.
Bagaimanapun tiada pengesahan dari pihak berkuasa mahupun pihak kementerian tentang perkara ini. – AbuLeman
Baca update di sini: KPM nafi beli pembesar suara berharga tinggi
Cikgu sekolah tampil mendedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan
Reviewed by Abu Leman Abu Seman
on
December 28, 2018
Rating:

Elok lah dedah, kita tengok siapa yang penyamun. Kerja macamn I bukan saatu dua hari boleh buat, mesti dah bertahun. Elok ada Menteri baru di bersihkan dari ulat-ulat rasuah ni.
ReplyDelete