Brunei larang sambutan Krismas, penjara 5 tahun, denda RM60,000



Negara yang kaya akan minyak Brunei Darussalam secara rasmi melarang perayaan Krismas secara terbuka di negaranya. Hal ini dikuatkuasakan kerana khuatir akan kerosakan akidah rakyatnya.

Larangan juga termasuk bagi semua perkara yang berkaitan dengan perayaan Krismas seperti perhiasan, pakaian dan menyanyikan lagu-lagu Krismas. Memakai topi santa claus samada untuk kanak-kanak atau orang dewasa adalah dilarang sama sekali.

“Seperti menggunakan salib, menyalakan lilin, membuat pokok Krismas, menyanyikan lagu-lagu Krismas, mengucapkan Selamat Hari Raya Krismas, memasang perhiasan Krismas, dan melakukan sebarang yang berkaitan dengan kepercayaan dan merayakannya adalah sangat berlawanan dengan kepercayaan muslim.

“Perkara itu dapat merosak akidah muslim,” demikian dipetik dari Telegraph.

Kementerian Agama Brunei mengeluarkan kenyataan pada 27 Disember 2014 menyambut perayaan Krismas secara terbuka adalah termasuk di dalam menyebarkan agama selain agama Islam, perkara ini adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara itu.

Akta di Brunei menegaskan, menyebarkan simbol-simbol agama lain adalah satu pelanggaran di bawah fasal 207 (1) undang-undang jenayah Brunei di mana hukumannya adalah denda sebanyak 20,000 dolar Brunei (sekitar RM60,000) atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mereka yang memeluk kepercayaan lain yang hidup di bawah kekuasaan negara Islam, dapat mempraktikkan agama mereka atau merayakan hari besar keagamaan mereka di antara komuni mereka, dengan keadaan tidak menampilkan secara terbuka kepada umat Islam,” ujar seorang juru cakap. – manado.tribunnews.com
Brunei larang sambutan Krismas, penjara 5 tahun, denda RM60,000 Brunei larang sambutan Krismas, penjara 5 tahun, denda RM60,000 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 25, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...