Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim



SHAH ALAM – Ketika seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan berita Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, aktivis kontroversi, Siti Kasim pula mempunyai teori sendiri berhubung kematian anggota bomba itu. 

Peguam itu berpendapat, Allahyarham Muhammad Adib bukan cedera akibat dipukul perusuh sehingga membawa kepada kematiannya.

Menurutnya, jika Muhammad Adib dipukul peserta rusuhan, anggota bomba itu pasti akan cedera di muka, bahu, tangan dan sebagainya. 

“Sama ada perbuatan jenayah atau kemalangan, kita mesti menunggu siasatan akhir. Kecederaan yang didakwa yang dialami oleh pemuda itu, begitu menggangggu saya. Ia tidak kelihatan seperti kerja kumpulan orang ramai,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, Siti Kasim berbalas-balas komen menyatakan pendapat mereka dengan mengeluarkan ‘teori’ bahawa kemungkinan ada perkara yang cuba disembunyikan dalam kes ini oleh pihak bomba kerana ingin menutup kelemahan mereka seperti tragedi lemas yang melibatkan 6 anggota mereka sebelum ini. 

Mereka juga berpendapat Allahyarham Muhammad Adib dilanggar jentera bomba sebagaimana dakwaan pihak kuil sebelum ini.

Malah Siti Kassim juga telah berkata, orang rasional dan ‘right minded people’ tidak akan fikir bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah dipukul, hanya orang yang otaknya penuh kebencian akan berfikir sebegitu.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam tadi, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu. - SuaraTv



Jika tuduhan ini tidak benar diharap pihak Bomba dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas Siti Kasim supaya nama dan integriti bomba dapat dipulihkan.











ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali

Orang PH sendiri pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim
Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...