Bodohlah kalau kita tak ambil projek kerajaan – Naib Presiden Bersatu



PUTRAJAYA 30 Dis. - Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diberikan projek kerajaan.

Beliau menegaskan, ketua-ketua itu perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

"Dalam pilihan raya kita kena menang by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun). Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.

"Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab Dr. Mahathir bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Kita usah cakap sombong... Jangan rampas kerja orang dan sebagainya... Ini pandangan yang stupid, bodoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kenyataan Rashid itu sekali gus menyangkal Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum itu menyelar tindakan perwakilan yang membangkitkan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan.

Rashid berkata, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) turut perlu dikembalikan di negeri-negeri pembangkang supaya langkah itu dapat memanfaatkan ketua bahagian dan ketua cawangan agar mereka dapat 'memulangkan' semula feadah yang diperoleh demi kebaikan masyarakat setempat.

Dengan mengembalikan semula peranan JPP tambahnya, segala projek pembangunan dapat disalurkan kepada ketua-ketua tersebut dalam memastikan mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk menjalankan program di kawasan masing-masing.

"Bagi negeri-negeri yang kalah seperti Kelantan dan Terengganu, kita tidak boleh lawan balik dengan cara membantu mereka memukul kita... Itu tidak boleh. Saya harap segala projek pembangunan yang perlu dikawal Kerajaan Persekutuan kini disalurkan ke JPP dan ketua-ketua bahagian perlu dapat faedah daripada ini," katanya. - UO
Bodohlah kalau kita tak ambil projek kerajaan – Naib Presiden Bersatu Bodohlah kalau kita tak ambil projek kerajaan – Naib Presiden Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 31, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...