BN dulu tambah aset di luar negara, PH pula sibuk jual aset kepada negara luar – Najib



Penjualan unit kediaman baru termahal di Singapura untuk tahun ini ialah satu unit kondo di projek Marina One seperti dilapor oleh media Singapura.

Dan ianya hasil dari projek milik kerajaan Malaysia.

Unit ini yang merupakan sebuah penthouse dengan keluasan 6,469 kaki persegi dijual dengan harga S$18 juta (RM54.7 juta) iaitu dengan harga S$2,782 (RM8,456) satu kaki persegi.

Kediaman ini ialah antara 1,042 unit-unit kediaman di projek Marina One bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) yang dimiliki 60% oleh Khazanah Nasional, syarikat milik kerajaan kita.

Setiap unit kediaman ini telah dijual dengan harga purata S$2,543 (RM7,730) untuk satu kaki persegi.

Selain unit-unit kediaman mewah di dua menara 34 tingkat ini, projek Marina One juga melibatkan dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dengan keluasan 1.88 juta kaki persegi dan pusat membeli-belah "The Heart" dengan keluasan 140,000 kaki persegi.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Projek Marina One adalah projek terbaru dan terbesar di kawasan berprestij Marina Bay yang merupakan pusat kewangan Singapura.

Antara syarikat-syarikat antarabangsa yang kini sedang memindah ibupejabat Singapura mereka ke projek milik Khazanah ini termasuk Bank Julius Baer, Facebook, PwC, Grab, Daiwa Capital, BP Global dan Mitsubishi Financial Group.

Khazanah akan kutip sewa setiap bulan dari syarikat-syarikat ini dan menjana hasil dari luar negara bagi jangkamasa yang panjang untuk Malaysia.

Saya pelik kerana PH tidak pernah menuduh Singapura sudah jual negara kepada Malaysia ketika saya Perdana Menteri.

Selain dari projek Marina One, Khazanah Nasional juga memiliki 60% kepentingan di dalam projek DUO residensi bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion) di kawasan Ophir-Rochor, pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

PH sibuk menjual aset-aset negara, manakala kerajaan BN dahulu lebih berminat untuk meraih keuntungan dan menambah aset negara - seperti untuk projek mega Battersea di England yang saya tulis dua hari dahulu.

Yang itu pun, PH tidak pernah menuduh saya telah menjajah tanah England iaitu negara penjajah kita dahulu.

Saya harap kerajaan PH tidak akan mengambil jalan senang untuk menjual projek-projek Singapura ini seperti dilaporkan oleh media Singapura beberapa bulan dahulu. Baca di sini.

Kedua-dua projek mega di Singapura ini ialah hasil perundingan semula tanah KTM Tanjung Pagar yang saya kerap ditohmah dahulu.

Ini Penjelasannya: 

BN dulu tambah aset di luar negara, PH pula sibuk jual aset kepada negara luar – Najib BN dulu tambah aset di luar negara, PH pula sibuk jual aset kepada negara luar – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 30, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...