Beri peluang pada Waytha Moorthy, dia masih baru – Dr Mahathir



SERDANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu semua pihak memberi peluang kepada P Waytha Moorthy kerana menurutnya beliau masih baharu dalam pentadbiran kerajaan.

Ia susulan petisyen yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meletak jawatan.

Malah, Dr Mahathir juga tidak melihat pegawai yang dipilih Waytha Moorthy sebagai satu isu yang perlu diperbesarkan.

“Bagi dia peluanglah, dia baru mula. Dia akan pilih orang yang dia mahu. Dia tidak akan lantik sesiapa yang dia tidak kenal. Kebanyakan orang yang dia kenal mungkin dari Hindraf atau komuniti India, katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan perasmian MAHA 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Menurut perdana menteri, rakyat boleh mengemukakan petisyen namun perkara itu tidak boleh dianggap sebagai arahan.

"Rakyat boleh buat petisyen, tetapi petisyen itu bukan satu arahan untuk dia letak jawatan. Anda pun boleh buat petisyen minta saya berhenti jadi perdana menteri,” katanya lagi.

Mohd. Kassim Abdul Hamid, bapa kepada anggota bomba, Muhammad Adib tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau, hari ini. Gambar sekadar hiasan.

“Kita semua ada latar belakang. Macam saya dulu daripada parti UMNO. Jadi takkan saya dulu UMNO saya tidak boleh masuk Pakatan Harapan. Dia (Waytha) masa itu amat kecewa dan mengeluarkan kenyataan yang cuba nak tunjuk kepada orang asing bahawa di Malaysia ini tidak ada keadilan.

"Tetapi itu pada masa itu, sekarang ini dia ada dalam kerajaan dan dia tidak lagi pegang kepada apa yang dia kata dulu," kata Dr Mahathir.

Tambahnya, jika dahulu beliau sendiri pernah dicerca dengan pelbagai gelaran dan kata-kata kesat, namun sekarang beliau masih dipilih menjadi pemimpin negara.

“Macam saya dengan gelaran 'Mahazalim' dan sekarang kita terima 'Mahazalim' jadi pemimpin. Jadi ada pertukaran mengikut masa,” ujarnya.

Waytha Moorthy sebelum ini menerima kecaman pelbagai pihak berhubung cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan. - AA

Artikel disiarkan Astro Awani pada November 22, 2018 18:29 MYT



ARTIKEL TIADA KAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali

Orang PH sendiri pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim
Beri peluang pada Waytha Moorthy, dia masih baru – Dr Mahathir Beri peluang pada Waytha Moorthy, dia masih baru – Dr Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...