Belajar Agama susah dapat kerja – Mahathir



Belajar Agama tu kewajipan. Apehal pulak kena mengena dengan susah senang dapat kerja. Ni orang Islam ke bukan cakap macam ni?

KUALA LUMPUR- Sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.

Justeru, katanya kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah.

"Seseorang telah menukar kurikulum sekolah kebangsaan. Ia sudah menjadi sekolah agama, mereka belajar Islam tetapi tidak belajar subjek lain.

"Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," katanya pada ucapan Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar di sini hari ini. - K!O
Belajar Agama susah dapat kerja – Mahathir Belajar Agama susah dapat kerja – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...