Ahli PAN ternganga bila Khalid Samad kencing Pak Sheikh Qatar nak labur US$400 bilion



MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) dalam projek itu.

"Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion... Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.

"Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada pengalaman," katanya.

Ucapan Khalid membuatkan semua ahli-ahli PAN ternganga sampai terkeluar air liur basi.

Padahal secara faktanya, semua orang tahu bahawa Khalid menipu dan hujahnya tidak masuk akal.

Mari kita lihat, apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak US$400 bilion atau RM1.6 trilion?

• Daimler US$75 billion
• BMW US$52 billion
• Tesla US$58 billion
• Honda US$49 billion
• Subaru US$27 billion
• Volkswagen US$76 billion

Total enam syarikat ini baru US$337 bilion. Masih berbaki lagi US$63 bilion atau RM252 bilion.

Mungkin kali ini baru boleh kita katakan, Pak Arab gila mana nak bagi US$400 bilion = RM1.6 trilion?

Jumlah itu lebih besar dari saiz ekonomi Malaysia!

Org terkaya Qatar pun net worth baru US$2 bilion.

Rizab Bank Negara Qatar pun baru US$340 bilion.

Menteri Wilayah Khalid Samad tahu atau tidak net worth orang terkaya di dunia?

• Jeff Bezos US$151 bilion
• Bill Gates US$95 bilion
• Warren Buffet US$83 bilion
• Mark Zuckerberg US$83 bilion

Siapa agaknya Pak Sheikh yang lebih kaya daripada orang-orang terkaya dunia itu?

Atau pun di zaman Malaysia Baharu ni, semua kebodohan akan diterima atas alasan nabi pun buat silap? –


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Ahli PAN ternganga bila Khalid Samad kencing Pak Sheikh Qatar nak labur US$400 bilion Ahli PAN ternganga bila Khalid Samad kencing Pak Sheikh Qatar nak labur US$400 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...