AES: Tak jadi hapus, akan ditambah lebih banyak




Hancing semua. Dulu terpekik terlolong nak hapus AES. Bila dapat kuasa lagi banyak anat ni pasang.

PUTRAJAYA – Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di semua lebuh raya akan ditambah untuk memastikan pemandu yang melebihi had laju dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan ini sebagai strategi untuk mengurangkan kemalangan yang berlaku di lebuh-lebuh raya yang kebanyakannya berpunca daripada memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

“Dari segi penguatkuasaan undang-undang kita akan bekerjasama dengan pihak lebuh raya khususnya dengan PLUS untuk memasang lebih banyak kamera-kamera AES.

“Ini kerana ada tempat-tempat yang selalu berlaku kemalangan faktornya adalah lebih had laju, kita nak pengguna ikut had laju.

“Kita nak pastikan pemasangan kamera-kamera ini dapat kurangkan memandu melebihi had,” kata.

Pada masa sama, beliau telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meletakkan penguatkuasa di kawasan Terowong Menora yang sejak kebelakangan ini banyak berlaku kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak jadi hapus AES baharu lebih kejam – Wee Ka Siong

Dengan pemantauan yang lebih ini, diharap kadar kemalangan di kawasan ‘panas’ itu dapat dikurangkan, sekali gus diatasi.

“Kita memang ada meletakkan penguatkuasa di lebuh raya terutama di Terowang Menora. Semalam kita telah meletakkan penguatkuasa kita (JPJ) sepanjang masa di kedua-dua bahagian (arah).

“Tujuannya adalah untuk memberikan amaran kepada pemandu-pemandu,” katanya lagi.

Semalam, dua orang anggota polis antara individu terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tangki muatan simen dan bas ekspres di KM257.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Terowong Menora.

Kemalangan yang berlaku 3.30 petang itu menyebabkan tujuh orang, termasuk pemandu bas dan lori, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa iaitu empat lelaki dan tiga wanita dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. - MG
AES: Tak jadi hapus, akan ditambah lebih banyak AES: Tak jadi hapus, akan ditambah lebih banyak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...