Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan



Anggota bomba Muhammad Adib yang tenat dipukul oleh perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya walaupun stabil kini meneruskan hidup dengan bantuan alat pernafasan.

Beliau hanya terbaring dan hanya mampu berkomunikasi dengan menulis di papan putih.

Proses pemulihan masih berjalan dan entah bila paru-parunya akan sembuh seperti sedia kala kerana kecederaannya bukanlah seperti kecederaan anggota tubuh yang lain yang jika tercedera masih boleh meneruskan hidup sehingga tunggu untuk pulih.

Otak, jantung dan paru-paru merupakan tiga organ penting manusia yang jika salah satunya tidak berfungsi manusia tidak mungkin akan hidup.

Jika salah satu organ penting ini tercedera, individu terbabit pasti akan dimasukkan ke Unit rawatan rapi (ICU) dan kita akan diberitahu nyawa individu terbabit adalah 50-50 bergantung kepada penerimaan tubuh badan individu tersebut dalam menerima rawatan.


Muhammad Adib masih terbaring namun empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden memukulnya kini dibebaskan daripada reman sebentar tadi.

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah hanya sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan secara percuma dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Setakat ini, polis sudah menahan 106 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kita berharap pihak berkuasa tidak melepaskan mereka yang terlibat. Jangan dibiarkan ada campur tangan politik dalam kes yang dikaitkan dengan isu Adib ini sehingga boleh terlepas.

Orang Melayu mungkin boleh bersabar namun kesabaran semua orang tidak sama dan pasti ada hadnya. – AbuLeman


> Baca artikel lain berkaitan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman



Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...