5 lagi akan keluar Umno hari ini – Ikhmal Hisham



Anggota Parlimen Tanah Merah Ikhmal Hisham Abd Aziz yang baru meninggalkan Umno pagi ini berkata selain beliau, lima lagi anggota parlimen parti itu akan mengikut jejak langkahnya hari ini.

"Hari ini saya difahamkan ada selain dari saya lima lagi ahli parlimen yang akan mengumumkan keluar juga.

"Saya tak tahu dah keluar ke belum.

“Hari ini saya difahamkan ada enam ahli parlimen Umno (termasuk Ikhmal) yang akan umumkan mereka keluar daripada Umno," katanya.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Live.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusannya keluar Umno dan meletak jawatan sebagai ketua Umno di kawasan tersebut. - MK


ARTIKEL BERKAITAN :


5 lagi akan keluar Umno hari ini – Ikhmal Hisham 5 lagi akan keluar Umno hari ini – Ikhmal Hisham Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...