12 syarikat TH mula 'digadaikan' kepada 'Guan Eng' hari ini



Lembaga Tabung Haji (TH) mula memindahkan aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, kononnya sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulanya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).


Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Awal bulan ini, dana jemaah haji itu memberi kenyataan bahawa ia telah mengenal pasti aset tidak berprestasi baik bernilai RM19.9 bilion untuk dipindahkan ke SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan di bawah kekuasaan Lim Guan Eng kononnya untuk menstabilkan kedudukan kewangannya.


Mengenai aset yang dikenal pasti itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata 80 peratus daripada nilai itu terdiri daripada ekuiti dengan kerugian yang belum direalisasikan melebihi 20 peratus, manakala baki 20 peratus lagi adalah dalam bentuk hartanah dan aset tanah dengan hasil di bawah 2.5 peratus.

Beliau berkata, TH bercadang untuk menyemak semula peruntukan asetnya bagi mengurangkan pendedahan terhadap ekuiti kepada 20 peratus.



Dilaporkan sebelum ini bahawa hampir 40 peratus aset TH merangkumi pelaburan dalam saham syarikat senaraian yang terdedah kepada turun naik pasaran kewangan.

TH menyasarkan untuk menyelesaikan langkah penstrukturan semula itu menjelang hujung bulan ini, yang mana dana jemaah haji itu akan memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti, kata Zukri dan menambah bahawa, TH setakat ini mempunyai RM57.1 bilion aset baik pada 11 Dis, 2018.


Berdasarkan lembaran imbangan distrukturkan, katanya, TH akan bersedia untuk bergerak maju bagi menjana keuntungan yang mampan dalam mengagihkan hibah (dividen) dan ia akan mematuhi sepenuhnya Akta Tabung Haji 1995. - Bernama/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : TH pindah aset RM19.9 bilion kepada Guan Eng

12 syarikat TH mula 'digadaikan' kepada 'Guan Eng' hari ini 12 syarikat TH mula 'digadaikan' kepada 'Guan Eng' hari ini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 29, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...