Zainuddin Maidin dilapor tenat dan kritikal, keluarga sudah berkumpul



PUTRAJAYA 16 Nov.- Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber terdekat, bekas Menteri Penerangan itu kini berada dalam keadaan kritikal berikutan serangan jantung kali kedua.

"Mengikut cucunya, Dr. Shafiq, pihak hospital sekarang bagi ubat menguatkan dan stabilkan jantung sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN).

"Beliau semakin kritikal, keluarganya sudah diminta berkumpul," katanya di sini hari ini.

Zainuddin dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya pada Selalu lalu selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 kerana paru-parunya lemah. - UO
Zainuddin Maidin dilapor tenat dan kritikal, keluarga sudah berkumpul Zainuddin Maidin dilapor tenat dan kritikal, keluarga sudah berkumpul Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...