Zaibo meninggal dunia sebentar tadi



PELAKON veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, yang menderita kanser esofagus meninggal dunia di rumahnya di Rengit, Batu Pahat, jam 1.30 tengah hari ini.

Berita sedih berkenaan dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz dalam laman sosial Facebook (FB).

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Ilahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih... Aminn,” katanya.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT) Datuk DJ Dave turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari ini dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Isnin lalu, Zaibo sempat menerima kunjungan Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya Dennis Muhammad Abdullah.

Allahyarham dikesan mengidap kanser esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu pernah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor bagi menjalani siri ujian dan pemeriksaan, selain dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Allahyarham popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, selain turut berlakon filem Anna & the King. – HM
Zaibo meninggal dunia sebentar tadi Zaibo meninggal dunia sebentar tadi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...