Zahid tak perlu bercuti, kata Umno Johor



Umno Johor berpendirian Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu bercuti daripada jawatan presiden parti susulan 45 pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammad berkata, walaupun terdapat suara meminta Zahid bercuti dalam mesyuarat tertutup bersama kepimpinan negeri itu hari ini, Umno Johor mengharapkan beliau akan terus berkhidmat.

Umno Johor amat berharap agar Ahmad Zahid Hamidi terus memimpin Umno. Hasni Mohammad berkata, Umno Johor mahu Ahmad Zahid membawa parti berdepan dengan cabaran pada masa depan.

"Membujur lalu melintang pun lalu. Kita teruskan perjuangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Umno Johor akan desak Zahid bercuti – sumber

"Saya memberi jaminan bahawa Umno Johor akan terus bekerjasama untuk memastikan bahawa Umno yang lahir di Johor ini tidak akan berkubur di Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada lawatan kerja Presiden bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno ke Johor di sini hari ini.

Selain itu, dalam ucapan sama, Hasni mengakui tindakan wakil rakyat yang melompat parti boleh melemahkan Umno.

"Sebab itu di atas bahu dan kepala pemimpin kita khasnya presiden kita, tentulah satu tanggungjawab yang berat untuk menjaga 48 baki ahli-ahli Parlimen yang ada.

"Saya harap kita di Johor, kita perhatikan yang 48 (ahli Parlimen) ini. Kita pastikan supaya mereka terus kekal dan setia bersama Umno," katanya. - MI/SH


Zahid tak perlu bercuti, kata Umno Johor Zahid tak perlu bercuti, kata Umno Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...