Waytha Moorthy pengkhianat - Maza



MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak polis melakukan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung kenyataannya yang dianggap mengkhianati negara menerusi penularan satu video baru-baru ini di Facebook.

Mohd Asri berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas Waytha Moorthy kerana kenyataannya itu menunjukkan dia jelas menipu bahawa negara ini mengamalkan diskriminasi antara kaum.

"Saya meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil ke atas beliau.

"Kenyataan yang disiarkan dalam rakaman tersebut menunjukkan pengucapnya seorang pembohong dan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

Mohd Asri berkata, beliau tidak menyangka individu terbabit tergamak membelot negara menerusi penularan video berkenaan.

"Umat Islam hendaklah seia dan sekata tanpa mengira perbezaan latar politik dan fahaman bangkit membantah kenyataan Waytha Moorthy.

"Kita tidak terbayang wujudnya individu yang begitu khianat kepada negara ke tahap yang sedemikian," katanya.

Kelmarin video lama Waytha Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Sehubungan itu, berbagai pihak menuntut menteri itu disiasat dan dikenakan tindakan atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara.

Antaranya, Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - HM


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Waytha Moorthy pengkhianat - Maza Waytha Moorthy pengkhianat - Maza Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...