Waytha Moorthy kantoi bohong, video bukan 10 tahun lalu



Waytha Moorthy berkata video beliau yang viral tersebut adalah ucapannya 10 tahun lepas selepas keganasan polis terhadap himpunan HINDRAF. 

Di dalam video itu juga beliau mendakwa 54 tahun selepas merdeka, kuil-kuil hindu dirobohkan.

Kenyataan Moorthy ini ternyata satu lagi penipuan di atas satu penipuan yang lain.

1. Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan rasmi di halaman Facebook Hindraf yang video itu adalah kononnya kenyataan beliau 10 tahun lalu, iaitu pada tahun 2008.


2. Video asal temuramah tersebut telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh sebuah NGO yang bernama OHM dibawah label 'Ohm Magazine' sebelum disiarkan di Dutch TV. Video yang disiarkan di akaun youtube milik HINDRAF juga pada tahun yang sama.

Dakwa video tersebut pada tahun 2008 tetapi di-upload pada tahun 2011 selepas 3 tahun?

3. Jika disemak Ohm Magazine issue 61, video mengenai HINDRAF yang bertajuk "Terreur tegen Hindoes in Maleisie" yang bermaksud "Terror against Hindus in Malaysia" diletakkan sekali bersama ulasan mengenai "World Culture Festival in Berlin: This year Art of Living celebrates its 30th anniversary" yang berlangsung pada 2-3 Julai yang tidak ditanyatakan bersama tahunnya.

4. Mengikut carian di Google, festivel "World Culture Festival in Berlin: This year Art of Living celebrates its 30th" berlaku pada 2-3 Julai 2011. Rujuk di sini.

Bagaimana mungkin festivel pada tahun 2011 diulas pada tahun 2008?
5. Berdasarkan bukti di atas ternyata Waytha Moorthy telah berbohong mengenai tarikh ucapannya di dalam video yang tular itu.

6. Info yang sebetulnya adalah ianya berlaku pada tahun 2011, bukan 2008 seperti yang didakwa beliau dalam kenyataan rasminya.

7. Persoalan yang perlu ditanya adalah mengapa Waytha Moorthy berbohong? Adakah ini adalah sikap kamu sejak azali?

8. Pendedahan ini sekaligus menunjukkan Waytha Moorthy sebenarnya tidak pernah menyesal dengan kenyataannya yang menghina negara di mata dunia.

9. Maka adalah wajar desakan ke atas Waytha Moorthy agar meletakkan jawatan.

10. Juga wajar desakan melucutkan kerakyatannya jika beliau tetap tidak menarik semula, tidak menyesal dengan perbuatannya dan tetap berdegil dengan kenyataannya itu.


Sila tandatangan petisyen terhadap Waytha Moorthy di sini: https://chn.ge/2DM04zL dan sebarkan. – Khairul Azri/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Waytha Moorthy kantoi bohong, video bukan 10 tahun lalu Waytha Moorthy kantoi bohong, video bukan 10 tahun lalu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...