Wan Saiful letak jawatan bergaduh dengan Maszlee?



PETALING JAYA: Wan Saiful Wan Jan meletak jawatan sebagai penasihat khas kepada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, seorang pegawai kementerian itu mengesahkan perkara berkenaan.

Pegawai itu berkata, bekas ketua badan pemikir itu mahu menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pegawai itu menafikan dakwaan Wan Saiful yang juga bekas ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), tidak sehaluan dengan Maszlee.

“Tiada isu antara mereka berdua. Wan Saiful memerlukan masa untuk fokus tugasnya di PTPTN.”

Wan Saiful yang juga ketua PPBM Perlis, diberi tanggungjawab untuk menyusun semula penyedia pinjaman pendidikan tinggi itu, susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Beliau menyertai PPBM awal tahun ini, tetapi tewas di Pendang, Kedah. - FMT



Benarkah khabar angin menyatakan Wan Saiful bergaduh dengan Maszlee? Kenapa nak tumpu pada PTPTN sampai letak jawatan?
Wan Saiful letak jawatan bergaduh dengan Maszlee? Wan Saiful letak jawatan bergaduh dengan Maszlee? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...