Wan Saiful terpaksa akui gagal tunai janji tangguh PTPTN



So, bila cacai PH nak turun demo?

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Saya nak buat pengumuman, saya nak buat permohonan maaf kepada saudara saudari dan rakyat.

"Ramai tuntut Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gajinya di bawah RM4,000.

ARTIKEL BERKAITAN : BAJET2019: Potongan gaji bagi peminjam PTPTN bergaji RM1,000 ke atas

ARTIKEL BERKAITAN : Tetap perlu bayar PTPTN – Wan Saiful

"Saya dah berbulan-bulan fikir bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang di perolehi bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan.

“Tapi hari ni saya mohon maaf kerana janji ini tidak dapat saya tunaikan kerana sayalah yang tulis itu dalam buku Pakatan Harapan," kata Wan Saiful yang berkata pemohonan itu dibuat atas kapasiti dirinya yang merangka manifesto Harapan sebelum gabungan itu menjadi kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN: Dulu hasut tak perlu bayar, kini paksa bayar pula – Najib

ARTIKEL BERKAITAN : PTPTN: Tak jadi tangguh, tak bayar akan diisytiharkan bankrup

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Aswara, hari ini.

“Kini dengan adanya kemahuan politik yang kuat yang mahu menyokong pihak pengurusan, saya yakin kita boleh menguruskan perubahan-perubahan yang berlaku dengan cara yang lebih baik,” katanya. - MK
Wan Saiful terpaksa akui gagal tunai janji tangguh PTPTN Wan Saiful terpaksa akui gagal tunai janji tangguh PTPTN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...