KONGRES PKR: Wan Azizah menyifatkan Tun M pemimpn rakus, zalim



Kongres Nasional PKR Ke-13 yang berlangsung di Shah Alam hari ini diselubungi emosi apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail hiba dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan dasar.

Timbalan Perdana Menteri itu mengimbau detik-detik sukar bagaimana beliau menerajui PKR sehingga parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.

Dalam ucapannya yang terakhir sebagai pesiden PKR, Wan Azizah berkata beliau sudah menyediakan parti pada tahap yang terbaik untuk Anwar mengemudinya bagi mencapai kegemilangan.

Beliau menyifatkan tahun 1998 sehingga Mac 2004 sebagai zaman penuh 'semangat yang berkobar' apabila Anwar ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) yang ketika itu kerajaan ditadbir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, Mac 2004 hingga September 2006 pula tempoh yang getir, sunyi dan sepi baginya ketika memimpin PKR yang waktu itu juga kerajaan ditadbir oleh Tun Mahathir.

Wan Azizah menyifatkan Tun Mahathir sebagai pemimpin yang rakus dan zalim apabila mengenangkan kembali Anwar dan para reformis yang lain telah dipukul, diseksa dan dipenjarakan waktu itu.

Kita harus iktiraf dan hargai para reformis yang berjuang sejak 1998. Isk.. isk..

Mereka hilang kerja akibat dibuang dan dipecat. Mereka jatuh bangkrap akibat gagal membayar hutang membiayai perjuangan. Mereka cedera dipukul, dihina, dicaci, diseksa, dilokap, Isk.. isk.. dipenjara dan berbagai penderitaan yang dilalui namun mereka tegar berdiri menyatakan yang hak kepada pemimpin yang rakus dan zalim.

Isk.. isk..

Ramai tidak dapat apa-apa. Ramai tidak dapat tempat yang lebih baik.

Ramai juga yang telah pergi meninggalkan kita dijemput Ilahi. Isk.. isk..

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada mereka. Al-Fatihah.

Wan Azizah dan ahli PKR yang lain tetap mengulang-ulang dan menceritakan peristiwa yang tidak boleh dilupakan itu tetapi yang menghairankan mereka tetap berpeluk-peluk dan tido sebantal dengan manusia yang telah menganiya mereka sendiri.

Semua sedia maklum, Mahathirlah yang telah menzalimi mereka sekeluarga tetapi mereka sendiri yang menjilat Mahahtir semula. Apa yang mereka mahu sebenarnya? – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
KONGRES PKR: Wan Azizah menyifatkan Tun M pemimpn rakus, zalim KONGRES PKR: Wan Azizah menyifatkan Tun M pemimpn rakus, zalim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...