Wakil rakyat PKR persoal PH 'sapu' RM30 bilion wang Petronas



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PKR hari ini mempersoalkan rasional menggunakan 36% rizab tunai Petronas untuk dividen khas RM30 bilion.

Wong Chen (Pakatan Harapan-Subang) berkata rizab tunai Petronas setakat tahun lalu di paras RM128 bilion dan keuntungan selepas cukai RM46 bilion.

“Ini membimbangkan saya kerana kita tahu ada kemungkinan besar Malaysia akan tersepit dalam perang dagangan antara AS dan China.

“Kalau kita guna semua wang itu sekarang, iaitu kekuatan kewangan RM54 bilion, kita akan kehabisan ‘peluru kewangan’ apabila krisis benar-benar melanda,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.

Dividen khas RM30 itu sebahagian daripada RM53 bilion yang Putrajaya minta daripada Petronas tahun depan.

Ia akan digunakan sepenuhnya untuk menbayar bayaran balik cukai yang dianggarkan RM37 bilion – RM18 bilion bagi cukai pendapatan dan RM19 bilion bagi GST.

ARTIKEL BERKAITAN : Rakyat tahu ke 'orang' tu dah sapu RM400 bilion? – Najib Razak

Wong faham kemarahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila "mewarisi kesusahan kewangan daripada pentadbiran lepas" (padahal sebenarnya kesilapan PH sendiri apabila memansuhkan GST dan tax holiday 3 bulan), namun berpandangan Parlimen perlu jaminan dividen khas sebegitu tidak akan berulang dalam belanjawan tahun depan.

“Saya setuju bayaran balik perlu dibayar. Ini masalah aliran tunai bagi syarikat dan individu. Tetapi sudahkan semuanya disahkan dan mesti dibayar tahun depan?

“Banyak permohonan bayaran balik GST tidak betul. Ia mungkin berdasarkan pembohongan atau kesilapan.

“Saya ingin bertanyakan kepada Bagan (Lim) sama ada semua bayaran balik GST perlu dibayar balik sepenuhnya atau adakah angka itu sebenarnya lagi rendah daripada RM19 bilion?’

Wong turut bertanya sama ada bayaran balik RM18 bilion bagi cukai pendapatan itu di luar biasa.

Beliau menggesa kerajaan mendedahkan secara penuh 30 syarikat teratas yang menerima bayaran balik cukai korporat tertinggi dan 30 individu teratas dengan bayaran balik cukai pendapatan peribadi tertinggi.

“Petronas adalah khazanah negara. Perolehannya mesti disimpan untuk generasi akan datang,” katanya.


Lapor kepada Parlimen

Wong turut menyentuh isu bajet dirumus berdasarkan harga minyak mentah Brent antara AS$60 dan AS$70 setong, dan bertanyakan adakah kerajaan mempunyai sebarang pelan kecemasan sekiranya harga minyak jatuh berikutan ketidaktentuan pasaran.

Beliau mengingatkan kerajaan akan janji pilihan raya iaitu Petronas harus melapor kepada Parlimen dan bukan kepada perdana menteri.

Beliau tertanya bila kerajaan akan meminda Akta Pembangunan Petroleum bagi memastikan kuasa mutlak kembali kepada Dewan Rakyat.

Bercakap mengenai kewangan Kelantan, Wong yang berasal dari Kota Bharu menggesa Lim (PH-Bagan) dan Kelantan berhenti berkelahi dan bercakap elok-elok mengenai perkara itu.

Wong berkata kerajaan persekutuan perlu menyediakan dana kepada kerajaan Kelantan agar dapat membayar gaji kakitangan dan mentadbir kerajaan.

“Terdapat cara ketelusan dan akauntabiliti lebih baik. Apabila dana disalurkan kepada Kelantan, mereka mesti dipantau secara teliti dan satu mekanisme perlu ada bagi memastikan ia tidak digunakan untuk perbelanjaan yang tidak perlu,” katanya.

Wong menambah, jika kerajaan negeri terpaksa menjual tanah, lombong dan balak, ia akan menjejaskan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

Lim dan Kelantan sebelum ini berkelahi mengenai kewangan negeri. - FMT
Wakil rakyat PKR persoal PH 'sapu' RM30 bilion wang Petronas Wakil rakyat PKR persoal PH 'sapu' RM30 bilion wang Petronas Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 13, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...