Umno perlu jual saham Utusan



1. Utusan mempunyai aset sekitar RM500 juta namun ia mempunyai tanggungan yang cukup besar juga.

2. Saya tidak pasti berapa jumlah saham sebenar UMNO dalam Utusan namun saya percaya ia melebihi 60%.

3. Mana-mana akhbar di dunia hanya boleh terus berkembang jika mendapat iklan yang banyak.

4. Berhadapan dengan prejudis kerajaan baharu dan sikap cauvinis pengusaha Cina yang kaya raya, sukar untuk Utusan terus hidup selagi UMNO antara pemegang saham utama.

5. Tindakan UMNO melantik Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi baharu juga adalah satu kesilapan.

ARTIKEL BERKAITAN : Minta maaf pada Najib atau boikot Utusan – Puad Zarkashi

6. Aziz tidak mungkin dapat memulihkan Utusan. Saya percaya ketika ini beliau mula berkira-kira untuk menjual aset Utusan sahaja untuk membiayai kos operasi. Apa akan jadi selepas habis aset dijual?

7. Justeru Utusan perlu diselamatkan sebagai lidah orang Melayu dan Islam dalam dunia persuratkhabaran. Utusan adalah sebahagian warisan orang Melayu.

8. UMNO harus mengorbankan maruahnya dan menjual pegangan saham dalam Utusan kepada pihak lain. Biarlah Utusan terus hidup.

9. Hasil jualan saham Utusan mungkin mencecah ratusan juta bolehlah dimasukkan dalam simpanan tetap untuk kos operasi parti.

10. UMNO tidak memerlukan Utusan untuk menang Pilihan raya, namun orang Melayu memerlukan Utusan sebagai satu kelangsungan perjuangan dan maruah pejuang kemerdekaan.

– Ab Jalil Backer
Umno perlu jual saham Utusan Umno perlu jual saham Utusan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...