Umno Johor akan desak Zahid bercuti – sumber



Presiden Umno Zahid Hamidi mungkin meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti dalam keadaan lega pada malam ini, tetapi lawatannya ke Johor esok barangkali tidak begitu menyenangkan.

Sumber memberitahu Malaysiakini, pemimpin Umno Johor akan berjumpa Zahid esok untuk menggesa beliau bercuti sebagai presiden sehinggalah perbicaraan kesnya di mahkamah selesai.

Seorang ketua bahagian parti itu yang enggan namanya disiarkan mendakwa terdapat separuh daripada ketua-ketua bahagian Umno Johor akan bertindak mendesak Zahid berbuat demikian.

"Lebih separuh daripada yang ketua-ketua bahagian yang dah sah betul masing-masing akan cakap esok beri nasihat kepada Zahid untuk bercuti.

"Kalau dia didapati tidak bersalah sebelum pemilihan yang akan datang dia boleh lah sambung bertugas.


Panglima perang cedera, kena cari baru

"Dia macam panglima perang, kalau panglima cedera, kena serang dengan musuh kena cari panglima baru," kata ketua bahagian itu.

Sementara itu, pemimpin veteran merangkap Ketua Umno Bahagian Kluang, Jais Sarday pula ketika ditanya hanya berkata, "esok, tunggu dan lihat lah."

Baru-baru ini, Zahid dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan menerima rasuah.

Berikutan dakwaan itu, terdapat gesaan, antaranya daripada pemuda Umno supaya beliau mengambil cuti.

Walau bagaimanapun, Zahid enggan tunduk terhadap desakan berkenaan dan berkata Umno perlu fokus pada masa depan serta memenangi pilihanraya umum ke-15.

Pertemuannya dengan Umno Johor esok adalah sebahagian daripada lawatannya ke negeri di selatan tanah air itu bertujuan memulihkan semangat parti untuk mencapai matlamatnya menjadi kerajaan persekutuan sekali lagi. - MK

ARTIKEL BERKAITAN : Saya tak akan undur – Zahid
Umno Johor akan desak Zahid bercuti – sumber Umno Johor akan desak Zahid bercuti – sumber Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 09, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...