Tiada lagi insentif untuk nelayan, penoreh dan peneroka sawit – Tun M


Buat nelayan, penoreh dan peneroka sawit yang mengundi PH, kami ingin mengucapkan PADAN MUKA sebanyak-banyaknya buat anda. Pada yang mengundi BN pula kami ucap takziah. Bersabarlah ya.

KOTA BHARU – Kerajaan tidak akan meneruskan budaya memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit yang terjejas akibat penurunan harga komoditi dan musim tengkujuh seperti yang dilaksanakan oleh pemerintah terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu untuk jangka masa panjang.

“Kita tidak berminat dengan insentif selalu sangat tetapi kita nak cari jalan supaya kita dapat selesaikan masalah ini. Kalau kita tumpukan budaya insentif, bila diterang cara-cara boleh dapat untung yang lebih, mereka akan tanya ada insentif tak? Jadi kalau ada untung lebih kena bagi insentif juga.

“Budaya ini dipupuk oleh kerajaan terdahulu dan kita tidak berminat. Kita mahu rak­yat bekerja untuk mereka mendapatkan hasil,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pimpinan Pakatan Harapan Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Senator Datuk Husam Musa; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasib golongan tersebut khususnya di pantai timur yang terjejas teruk akibat musim Monsun Timur Laut.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan baru-baru ini menyiarkan keluhan golongan tersebut yang kehidupan mereka semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin me­ningkat, harga komoditi menurun dan musim tengkujuh yang melanda.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, tiada peranan khusus akan diberikan kepada Mustapa yang menyertai Bersatu baru-baru ini.

“Dia minta menyertai Bersatu dan kita dapati dia layak untuk diterima sebagai ahli parti.

“Tiada peranan khusus untuk Tok Pa, sebenarnya pe­mimpin UMNO masuk Bersatu tidak boleh pegang jawatan tinggi untuk tempoh tertentu yang kita akan dipertimbangkan kemudian,” katanya. – UO

Sedutan dari ucapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pengumuman Bajet 2018 sebelum kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14);


63. Justeru, buat pertama kali dalam sejarah Bajet negara, saya dengan penuh prihatin mengumumkan, peruntukan pa-ling besar kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, dan penoreh getah sebanyak 6.5 bilion ringgit, antaranya:

Pertama: 2.3 bilion ringgit bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan;

Kedua: Hampir 500 juta ringgit bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang;

Ketiga: Hampir 200 juta ringgit bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pengeluaran latex berbanding cup lump, sekali gus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil;

Keempat: Hampir 140 juta ringgit bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi;

Kelima: Dalam memperkasakan sektor pertanian, 200 juta ringgit disediakan bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian, dan sektor kulinari serta industri tenusu dengan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan.

Contohnya, di Hong Kong, harga durian Mawsang King dikhabarkan telah mencecah lapan ratus ringgit sebiji.

Keenam: Buat pertama kalinya, skim khas, untuk program peningkatan pengeluaran kelapa melalui pendekatan penanaman semula kelapa variasi baru dari jenis CARECA dan MATAG akan diperkenalkan dengan peruntukan 50 juta ringgit, memanfaatkan 10 ribu pekebun kecil.

Pengurusan industri kelapa akan digabungkan di bawah satu lembaga baru bersama-sama industri nenas dan buah-buahan; dan

Ketujuh: Selain penoreh getah dan nelayan yang dikekalkan bantuan-bantuannya, pada Bajet kali ini, buat pertama kalinya, saya juga ingin mengumumkan bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah padi.

Najib Razak
Tiada lagi insentif untuk nelayan, penoreh dan peneroka sawit – Tun M Tiada lagi insentif untuk nelayan, penoreh dan peneroka sawit – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...