TERBONGKAR: Peguam One City dalang serangan kuil



PUTRAJAYA - Hasil siasatan pihak polis mendedahkan dua peguam yang dilantik oleh pihak pemaju, One City Development Sdn. Bhd. (One City) telah mengupah seramai 50 lelaki Melayu untuk menceroboh dan mengawal tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peguam yang kini telah ditahan oleh pihak polis itu didapati telah membayar sebanyak RM150,000 kepada dalang utama kumpulan tersebut sementara setiap ahli kumpulan tersebut menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.

“Pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju telah tidak mematuhi proses pengambilalihan tapak kuil sepertimana yang dirancang mengikut peruntukan undang-undang.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai insiden rusuhan di tapak kuil tersebut di sini hari ini.



Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Media melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.

Sebanyak 23 kenderaan musnah dibakar setakat ini termasuk empat kereta dan sebuah van dalam insiden terbaharu di kuil berkenaan.

Dua peguam tersebut kini ditahan bersama 19 orang individu yang disyaki terlibat dalam insiden terbabit. - K!O



ARTIKEL BERKAITAN :


















TERBONGKAR: Peguam One City dalang serangan kuil TERBONGKAR: Peguam One City dalang serangan kuil Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...