Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng



PULAU PINANG 18 Nov. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil pendekatan mengunci mulut daripada memberi ulasan tentang kontroversi membabitkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, soalan berkenaan sepatutnya dijawab oleh Menteri, P. Waytha Moorthy kerana beliau yang ‘membangkitkan’ isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Waytha Moorthy pengkhianat - Maza

Ujarnya, beliau lebih berminat untuk menumpukan tugas sebagai Menteri Kewangan.

“Kamu (media ) tanya Moorthy. Tentang pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak setuju (ICERD) itu pandangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Biasa DAP negeri di sini hari ini. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...