Tambang bas ekspres bakal dinaikkan



Yang ramai naik bas ni orang susah. Bukan orang kaya. Manifesto tak tunai, bantuan subsidi ditarik, kebajikan rakyat tak jaga, alih-alih semua naik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan kenaikan kadar tambang bas ekspres dalam lingkungan antara 10 sehingga 30 peratus.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semakan mendapati kenaikan kadar tambang terakhir adalah pada 2009 iaitu sebanyak 31 peratus.

“Kenaikan daripada 6.5 sen kepada 8.5 sen sekilometer selain surcaj 0.8 sen sekilometer dikenakan sejak 2015, menjadikan keseluruhan kenaikan adalah 9.3 sen sehingga hari ini.

“Kementerian menimbangkan kenaikan tambang yang munasabah bagi membantu pengusaha bas ekspres tanpa membebankan pengguna.

“Kita akan utarakan syor kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk dipertimbangkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk C Sivarraajh (BN MIC-Cameron Highlands) berhubung kenaikan tambang bas disebabkan kos operasi yang tinggi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Kamarudin berkata, kenaikan kadar tambang dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan bas ekspres, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

“Gaji pemandu agak rendah, kurang RM3,000 jika dicampur gaji pokok dan elaun.

“Waktu bekerja melebihi lapan jam juga menyebabkan mutu pengendalian bas menurun,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH PKR-Kapar) berhubung langkah kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan membabitkan bas. - BH
Tambang bas ekspres bakal dinaikkan Tambang bas ekspres bakal dinaikkan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...