Takkan orang Cina tak tahu baca papan tanda bahasa Melayu, kata Zuraida



KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin meminta semua negeri menetapkan semua padan tanda ditulis dalam bahasa Melayu, mengikut standard kerajaan persekutuan.

Ketika ditemui di ruang legar Parlimen, beliau berkata ia perlu dimulai dari sekarang supaya membaca bahasa Melayu menjadi kebiasaan.

“Semua orang mesti tahu membaca, sekurang-kurangnya tahu baca nama jalan. Takkan tidak tahu baca?” katanya ketika ditanya adakah perlu papan tanda dalam tulisan Cina di seluruh negara perlu diturunkan.

Zuraida berkata kementerian akan mengkaji dan menyemak keputusan kerajaan negeri bagi melihat keperluan papan tanda bertulisan Cina.

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Selangor murka titah tanggalkan papan tanda tulisan Cina

“Saya tak faham mengapa. Mungkin kawasan itu ada masyarakat Cina yang tidak boleh baca Melayu,” katanya.

Pada Isnin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilapor mengarahkan semua padan tanda bertulisan Cina di ibu negeri diturunkan.

Sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam di Twitter mempersoalkan kewajaran memasang papan tanda jalan bertulisan Cina di kawasannya dan kedudukan papan tanda jalan tulisan Jawi yang digunakan sebelum itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini berkata pemasangan papan tanda jalan bahasa Melayu dan bertulisan Cina itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Selangor pada 13 Januari 2017. - FMT
Takkan orang Cina tak tahu baca papan tanda bahasa Melayu, kata Zuraida Takkan orang Cina tak tahu baca papan tanda bahasa Melayu, kata Zuraida Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 22, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...