Takkan bomba kemalangan sampai terbuka baju?



SUBANG JAYA 28 Nov. - Kejadian menimpa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan dihadapan Kuil Sri Maha Mariamman didakwa berlaku akibat kemalangan jalan raya, bukannya dipukul.

Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu berkata, anggota bomba tersebut dilanggar ketika jentera bomba berundur daripada operasi pemadaman.

"Anggota tersebut berada di belakang jentera bomba dan bila jentera tersebut berundur dengan laju, dia tersepit dibelakang antara jentera dan van bomba.

"Individu yang memukul lori tersebut mahu memberitahu terdapat individu dibelakang jentera tetapi jentera terus berundur dan kami yang selamatkan anggota tersebut sebelum dia dihantar ke hospital," katanya dalam sidang akhbar di kuil tersebut, di sini, hari ini.


Menurut Ragu, pihaknya mempunyai bukti video rakaman tersebut dan menganggap insiden itu tidak melibatkan isu perkauman.

Ketika ditanya mengenai kesan lebam di badan anggota tersebut, Ragu memberitahu itu adalah kesan daripada kemalangan tersebut.

 “Anggota tersebut tidak dipukul, malah kami yang berada disitu membantu mengeluarkannnya,” ujarnya.

Jelasnya, setakat ini tidak ada keperluan untuk mereka membuat laporan polis berkenaan hal ini memandangkan perkara tersebut baru diketahui tadi.

Ujarnya, mereka sudah beritahu kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tindakan lanjut.



Awal pagi semalam seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di hadapan kuil tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa, Muhammad Adib ditarik keluar dari tempat duduk hadapan penumpang EMRS sebelum dipukul kumpulan perusuh tersebut.

Jika betul Adib kemalangan, mengapa sampai terbuka bajunya? Jika Adib kemalangan dengan dahsyat sekalipun, takkan tiada langsung serpihan kain bajunya yang tinggal?

Pihak polis perlu cari hingga ke lubang cacing mereka yang bertanggungjawab ke atas apa yang menimpa anggota bomba tersebut. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]






ARTIKEL BERKAITAN :



















Takkan bomba kemalangan sampai terbuka baju? Takkan bomba kemalangan sampai terbuka baju? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...