Tak tidur, rehat mata je – Lim Guan Eng



Tak tidur, rehat mata je. Kah kah kah...

Berdepan kecaman tidur dalam parlimen, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan beliau mengalami masalah kesihatan mata.

“Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan parlimen untuk dengar ucapan wakil ketua pembangkang @Khairykj, dan sempat catat nota sambil rehatkan mata,” kata Guan Eng.

Guan Eng turut memuat naik catatannya di bagi membuktikan beliau memberi perhatian kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa hari ini menyelar Guan Eng yang didakwa tidur ketika wakil BN membahaskan Belanjawan 2019.

ARTIKEL BERKAITAN : Kemain sedap Menteri Kewangan tidur dalam dewan

Annuar bahkan memuat naik gambar Guan Eng yang bersandar di kerusi dengan mata terpejam di Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, menjawab di media sosial yang sama, Guan Eng menyifatkan Annuar hilang modal politik dengan menjadikan perkara itu sebagai isu.

Isu terbaru hari ini seakan mengulangi apa yang berlaku dua tahun lalu apabila menteri besar ketika itu Ahmad Bashah Md Hanipah dikatakan tidur ketika sultan bertitah.

Bashah menjelaskan beliau hanya memejamkan mata untuk menghayati ucapan baginda.

Veteran DAP Lim Kit Siang, bapa Guan Eng, bagaimanapun menegaskan beliau telah menonton video rakaman situasi itu dua kali dan mendakwa Bashah benar-benar tidur. - MK
Tak tidur, rehat mata je – Lim Guan Eng Tak tidur, rehat mata je – Lim Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...