Tanggungjawab pada keluarga lebih mulia dari jihad, bekas mufti beritahu tabligh



PETALING JAYA: Misi dakwah jemaah tabligh tidak boleh mendahului amanah melindungi isteri dan anak walaupun perjuangan mereka suci dan bukannnya untuk duniawi.

Bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak atau keluarga adalah lebih mulia di sisi agama kerana mereka menjadi amanah yang perlu dilindungi dan dijaga selepas berkahwin dan melahirkan mereka.

“Ini berdasarkan hadis, ini bermakna nafkah terhadap isteri dan anak harus diutamakan.

“Kita nak amik masa sikit nak beribadah tu hal kita, tetapi amanah ini tetap ada, kena jaga,” katanya kepada FMT dengan memberikan perumpamaan membelanjakan RM1 kepada isteri dan anak lebih baik daripada keluar berjihad ke jalan Allah.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa jemaah tabligh yang mengatakan isteri dan anak boleh ditinggalkan demi menyebarkan agama selagi diberikan nafkah yang cukup.

Ismail yang juga bekas ketua hakim Mahkamah Syariah Kuala Terengganu berkata, amanah itu bersifat berterusan dan bukan diletakkan secara sampingan dengan perkara lain.

“Pada saya, amanah tu tetap kena jaga. Jangan letak di samping, kena berterusan bersama. Bukan bagi duit belas-belas ribu, lepas tu tinggalkan rumah, bukan.

“Kita kena jaga dia, nafsu dia, nanti kita keluar, dia bersetubuh pula dengan orang lain, macam mana?” soalnya.

Beliau menambah, Nabi Muhammad juga pernah bersabda dengan mengatakan, tidak beriman seseorang itu jika tidak menjaga amanah.

“Cuba bayangkan, kita dakwah tinggi-tinggi, tetapi kita tidak amanah. Sedangkan tidak beriman kita kalau tak amanah.” - FMT
Tanggungjawab pada keluarga lebih mulia dari jihad, bekas mufti beritahu tabligh Tanggungjawab pada keluarga lebih mulia dari jihad, bekas mufti beritahu tabligh Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 15, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...