Sultan Selangor murka titah tanggalkan papan tanda tulisan Cina



SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di daerah itu ditanggalkan segera sebelum sambutan Hari Keputeraan ke-73 baginda pada 11 Disember depan.

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua papan tanda itu perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

"Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember depan," katanya di sini hari ini.

Arahan tersebut dinyatakan melalui surat bertarikh hari ini daripada Muhammad Munir kepada Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

Sebelum ini, aktivis masyarakat, Datuk Mohd. Razlan Rafii mempersoalkan sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah tidak mempunyai kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa di papan tanda.


Beliau yang merujuk kepada papan tanda tertera tulisan Cina di sekitar Shah Alam menegaskan supaya DBP ditutup daripada membazirkan wang rakyat sekiranya tiada kuasa berkaitannya.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han memaklumkan papan tanda dwibahasa dibenarkan di Kampung Baru Cina dan Kampung Baru Melayu.

Jelasnya, penggunaan tulisan Cina selain bahasa kebangsaan di papan tanda beberapa kampung baru Cina sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan beliau hairan mengapa ia tiba-tiba menjadi isu ketika ini.

“Ini merupakan satu keunikan di negara ini dan tak perlu dipertikaikan,” katanya. - K!O

Sikit-sikit diaorang nak ambil. Dah beri kerakyatan pun tak cukup. Dah beri betis nak peha



Sultan Selangor murka titah tanggalkan papan tanda tulisan Cina Sultan Selangor murka titah tanggalkan papan tanda tulisan Cina Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...