STATEMENT BODOH: Selangor tanggung kos perubatan anggota bomba cedera



Bomba adalah penjawat awam. Rawatan memang ditanggung oleh kerajaan. Yang pergi buat statement bodoh kengkonon jadi hero nak tanggung kos perubatan yang memang free tu kenapa?

SUBANG JAYA - Kerajaan negeri akan menanggung kos perubatan seorang anggota bomba yang cedera diserang sewaktu menjalankan tugas di Kuil Sri Mariamman USJ di sini, awal tadi.

Muhammad Adib Mohd  Kassim dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit, ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau berharap sumbangan kerajaan negeri dapat meringankan beban keluarga.

Dalam masa sama menurutnya, beliau turut malahirkan rasa dukacita susulan insiden serangan tersebut.

"Keadaannya kritikal dan saya berdoa supaya keluarganya bersabar.

"Perkara ini tak sewajarnya berlaku jika semua berada dalam keadaan tenang," katanya selepas melawat mangsa yang cedera kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), hari ini.

Mengulas status tindakan kerajaan negeri berhubung isu tersebut katanya, beliau mengutamakan aspek keselamatan.

"Fokus saya adalah kembalikan ketenteraman dan hal-hal lain kita akan bincang kemudian.

"Justeru saya akan panggil Majlis Keselamatan Negeri untuk melihat perkara itu," katanya. – SH

Maklumat tambahan:

Kerajaan akan menanggung perbelanjaan bagi penjawat awam

• mendapat rawatan di hospital/klinik swasta berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada hospital Kerajaan yang berhampiran;

• keperluan rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan

• pesakit dalam keadaan kritikal/tenat semasa dibawa ke hospital/klinik swasta; dan

Rujukan: JPA






[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]





ARTIKEL BERKAITAN :



















STATEMENT BODOH: Selangor tanggung kos perubatan anggota bomba cedera STATEMENT BODOH: Selangor tanggung kos perubatan anggota bomba cedera Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 28, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...