Sri Ram menggelabah apabila sedar Najib tiada dalam kandang tertuduh
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram bertukar menjadi menggelabah apabila menyedari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada di dalam kandang tertuduh semasa sebutan kes rasuah dan wang haram di Mahkamah Sesyen hari ini.
Najib, yang muncul di hadapan hakim Azura Alwi, duduk di kerusi di sebelah dok berkenaan.
Pihak pendakwaan, yang diketuai oleh Sri Ram telah memberi isyarat kepada polis mahkamah untuk mengarahkan Najib supaya berdiri di dok ketika prosiding bermula pada Jumaat.
Polis mendekati Najib dan memintanya untuk berpindah dari kerusi tetapi permintaan itu tidak dipenuhi oleh beliau.
Beliau kekal di kerusi sehingga prosiding berakhir 15 minit kemudian.
Semasa sebutan kes tersebut juga, Sri Ram mengaku pihak pendakwaan masih gagal menyerahkan dokumen sepenuhnya kepada pihak pembelaan.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membuat perintah pada 31 Oktober untuk kes itu dipindahkan ke mahkamahnya.
Sri Ram menggelabah apabila sedar Najib tiada dalam kandang tertuduh
Reviewed by Abu Leman Abu Seman
on
November 16, 2018
Rating:

No comments