Skim sarapan percuma sudah ada, namanya RMT wahai Dr Maszlee



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau yang berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara matahari terbit berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo, Isnin. 

"Lawatan hampir tiga jam itu memberi peluang untuk mengetahui sendiri kaedah pembelajaran yang melahirkan generasi yang mempunyai karakter yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


Mungkin Dr Maszlee tidak tahu bahawa negara kita sejak tahun 1979 lagi sudah melaksanakan skim sarapan percuma tersebut yang dinamakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pemimpin waktu itu tidak perlu pergi ke Jepun pun untuk 'mengkaji' dan memulakan skim yang baik itu. Bermakna puluhan ribu atau ratusan ribu wang rakyat sudah dijimatkan dari digunakan untuk melancong ke Jepun dengan alasan 'mengkaji'.

Apa yang Dr Maszlee perlu lakukan sebenarnya adalah perkemaskan dan perkembangkan lagi skim RMT yang telah ada. Itu sahaja. Mungkin seminggu kaji sudah selesai. – AbuLeman



Skim sarapan percuma sudah ada, namanya RMT wahai Dr Maszlee Skim sarapan percuma sudah ada, namanya RMT wahai Dr Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 06, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...