Skandal AP Rafidah RM95 bilion lebih besar dari 1MDB



Mereka mengatakan skandal 1MDB berjumlah RM42 bilion. Lim Guan Eng pula berkata ia adalah RM50 bilion.

Tahukah anda bahawa skandal AP Rafidah Aziz pula, dianggarkan sekurang-kurangnya RM95 bilion?

Skandal ini pada mulanya, hanya bisikan dikalangan yang berkuasa. Tetapi, ia menjadi pengetahuan umum pada 2005 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kerajaan untuk mendedahkan skandal tersebut.

Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar, dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2.5 bilion setahun selama kira-kira 30 tahun. Semenjak itu, ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion.

Rafidah Aziz berada di pertengahan skandal ini kerana pemegang AP juga adalah pemegang saham proksinya dan dia bahkan secara terbuka memiliki hubungan dengan salah seorang pemegang AP.

Bagaimanapun, Rafidah kini disambut sebagai ahli baru PPBM dan dia mahu diketahui bahawa dia tidak sama seperti semua bekas ahli Umno yang bodoh sama ada yang sudah menyertai atau baru nak menyertai PPBM.

Dalam erti kata lain, semua bekas ahli Umno yang menyertai atau baru nak menyertai PPBM adalah bertujuan untuk melepaskan diri daripada tuduhan rasuah. Manakala Rafidah pula tidak menghadapi risiko untuk ditangkap atas tuduhan rasuah walaupun dia tidak menyertai PPBM.

Pendek kata, dia tidak dipaksa menyertai PPBM seperti bekas ahli Umno yang lain. Dan itu bermakna, menurut pada dia, dia tidaklah bodoh seperti bekas-bekas ahli Umno yang lain.

Jadi, soalan yang lebih penting sekarang ialah dari mana datangnya wang skandal AP yang dianggarkan sehingga RM95 bilion itu?

Dalam isu 1MDB, wang itu datangnya dari bank. Manakala, wang AP RM95 bilion pula datangnya dari para pembeli kereta di Malaysia.

Pembeli kereta di Malaysia perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk kereta yang mereka beli supaya kos AP ini dapat dilindungi.

‘Jika dilihat dari sisi yang baik’ mengenai skandal AP ini, kerajaan tidak kehilangan wang kerana ia hanya melibatkan pembeli-pembeli kereta, bukan kerajaan Malaysia yang membayar RM95 bilion ini. Oleh itu, bukan pembayar-pembayar cukailah yang dirompak.

Yang dirompak adalah pembeli kereta, yang berkemungkinan pembayar cukai atau bukan pembayar cukai.
Dalam erti kata, ianya adalah baik. Rakyat Malaysia yang kaya, khususnya Cina, yang berkemampuan membeli kereta import, membayar RM95 bilion ini, sementara rakyat Malaysia yang miskin, seperti Bumiputera, yang tidak mampu membeli kereta import dan menaiki motosikal, tidak perlu untuk membayar apa-apa.

Selamat datang ke PPBM, Rafidah, bekas “tycoon” Umno untuk menyertai parti itu. Apa yang dimaksudkan dengan PPBM sebagai parti “billionaires” yang dikatakan oleh Zaid Ibrahim semalam? - Raja Petra


Skandal AP Rafidah RM95 bilion lebih besar dari 1MDB Skandal AP Rafidah RM95 bilion lebih besar dari 1MDB Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 13, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...