Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk



LEBIH 2,000 orang berkumpul di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sejak 8 malam ini susulan insiden di rumah ibadat berkenaan, awal pagi hari ini.

Mereka didapati mula memenuhi laluan di Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP) hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk menghala ke Shah Alam.

Tinjauan mendapati sebanyak tujuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di hadapan kuil berkenaan sejak jam 10.30 malam bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, trak berkenaan termasuk kenderaan awam tidak dapat bergerak sejak satu jam lalu apabila ditahan kumpulan individu terbabit.

Terdahulu, kira-kira jam 9 malam, sebuah Perodua Kembara milik orang awam turut dikerumun ketika melalui hadapan kuil berkenaan.

Terkini dilaporkan kekecohan semakin memburuk apabila kereta dipecahkan dan diremukkan selain turut melontarkan kata-kata kesat.

Pun begitu difahamkan, sehingga jam 11.30 malam ini, pasukan FRU belum melakukan sebarang tindakan kerana dihalang untuk masuk ke lokasi terbabit.

Sehingga kini tidak nampak kelibat Menteri Besar Selangor, Menteri Dalam Negeri mahupun Perdana Menteri. Masing-masing menyepikan diri mungkin takut atau tiada skrip untuk dibacakan kepada penganut kuil ini. - HM/STV/AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN :

Pergaduhan pemaju dan penganut Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Di mana Waytha Moorthy dan Gobind ketika Kuil Seafield Sri Maha Mariamman mahu dirobohkan?

Exco DAP tuduh umat Islam serang kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Mufti Perlis arah KERAjaan PH ambil tindakan 'kuil' bina secara haram

One City nafi cetus rusuhan kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Sebelum nak gaduh antara kaum cuba lihat fakta ini

Pergaduhan di Kuil, Waytha Moorthy salahkan Polis

Memahami garis masa isu kuil Sri Maha Mariamman

Era BN, kuil Sri Maha Mariamman diizinkan bertapak

Rusuhan kuil: Polis nafi tuduhan Waytha Moorthy lambat bertindak

Baju PPBM antara dijumpai dalam kereta penceroboh kuil Sri Maha Mariamman

Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk

Wanita lalui detik cemas kereta dikeronyok kumpulan perusuh India





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk Situasi makin tegang FRU dihalang kereta diremuk Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 27, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...