Siti Hasmah mendepakan tangan memeluk erat Chong Wei



Dahulu Malaysia pernah digegarkan oleh pembangkang pada ketika itu apabila Datin Seri Rosmah Mansor memeluk Datuk Lee Chong Wei penghargaan di atas kemenangannya.

Bukanlah hendak mengatakan tindakan itu betul. Ya, tindakan itu tidak betul, tidak kiralah apa alasannya.

Tetapi ia boleh difahami kerana ketika itu semua penonton sedang bersemangat dan teruja dengan kemenangan Malaysia dalam sukan badminton tersebut. 

Bak kata orang sudah terlajak dengan adrenalin di tubuh yang mengalir laju. Sekali lagi, itu bukanlah alasan. Salah tetap salah.

Tetapi berlainan pula dengan tindakan Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sengaja mendepakan tangan seolah-olah meminta untuk dipeluk padahal ketika itu jelas Chong Wei hanya menghulurkan tangan hanya untuk bersalam.


Tidak ada acara yang mengujakan berlaku pada ketika itu, hanya perjumpaan santai antara dua tokoh.

Tindakan memeluk Chong Wei itu sangat jelas dan tidak boleh dinafikan dengan alasan kononnya tersalah peluk seperti yang 'macai' Pakatan Harapan (PH) katakan ketika Siti Hasmah menggenggam tangan Azmin berbanding tangan suaminya sendiri kerana faktor usia.

Adakah tindakan itu boleh diterima akal oleh alim ulama PH?

Mengapa tidak kelihatan atau kedengaran mana-mana ayat Al-Quran dan fatwa-fatwa menjelaskan hukum-hakam memeluk orang yang bukan muhrim? – AbuLeman




Gambar yang 'macai' PH katakan Tun Dr Siti Hasmah tersalah pegang tangan atas faktor usia.

Siti Hasmah mendepakan tangan memeluk erat Chong Wei Siti Hasmah mendepakan tangan memeluk erat Chong Wei Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...