Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang



KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, harus meletakkan jawatan kerana membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Malah, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu harus disiasat pihak berkuasa kerana tindakannya yang dilihat lebih menjurus kepada perpecahan kaum.

“Beliau bukan saja harus meletak jawatan kerana gagal menjaga perpaduan dan keharmonian sehingga menyebabkan keadaan kecoh pada masa ini...tetapi perlu ditahan, disiasat dan didakwa sekiranya mendapati ada unsur-unsur kesalahan.

“Tindakannya ibarat mencurah minyak ke api, ramai yang marah dengan tindakannya...jangan biarkan perkara ini berlanjutan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 26 Oktober lalu, Waytha Moorthy, dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Namun, Perdana Menteri Tun, Dr Mahathir Mohamad, kemudian dilapor berkata rundingan membabitkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia adalah negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.

Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi ICERD dijangka dimulakan Januari depan.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menegaskan yang parti itu tidak akan menyertai sebarang rundingan dengan kerajaan mengenainya dan menolak sepenuhnya cadangan meratifikasi ICERD.

Cadangan kerajaan untuk meratifikasi ICERD mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH). – BH


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...