Saya tidak berhasrat menjadi PM lagi, jangan risau – Najib Razak



Jika ada sesiapa yang beranggapan langkah Datuk Seri Najib akan terbeban dengan 32 tuduhan rasuah di mahkamah, mereka wajar menilai kembali perspektif itu.

Lihat saja langkah beliau di media sosial sejak akhir-akhir ini - ringan dan lincah dan bertenaga.

Seolah-olah mendapat keyakinan baru selepas menjadi pembangkang, Najib sekali lagi membuat bersiaran langsung melalui Facebooknya pada jam 5.30 petang tadi.

Malah dua jam sebelum itu beliau sempat memuat naik usikan (teaser) yang diyakini digarap supaya kemunculannya ditunggu-tunggu ramai.

“Ada yang bimbang dengan kemunculan saya di program-program bersama rakyat? 5.30 pm ini saya nak buat Facebook Live,” kata beliau melalui hantaran di Facebook petang tadi.

Pada jam 5.30 petang - seperti dirancang - Najib muncul secara langsung di Facebbok. Bagaimanapun bekas perdana menteri itu hanya bersiaran selama 189 saat saja.

Dan tiada sesi soal jawab dengan orang ramai dijalankan.

Najib menggunakan tempoh berkenaan untuk menegaskan bahawa beliau tiada hasrat untuk kembali menjadi presiden Umno atau perdana menteri kerana, katanya, telah memegang jawatan tersebut lebih dari sembilan tahun.

Sebaliknya, beliau menegaskan kemunculan dari semasa ke semasa hanya ingin memberi pandangan dan idea bagi membantu memperkasakan Umno, mensejahterakan rakyat, dan membangunkan ekonomi negara.


“Saya percaya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada saya, saya boleh membuat sumbangan ke arah matlamat tersebut, lebih-leibh lagi sekiranya ada fitnah, pembohongan dan apa-apa fakta yang tak betul sama ada sengaja atau tidak dilontarkan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk memainkan peranan membetulkan segala-galanya," kata Najib.

Katanya lagi, penjelasan yang tepat haruslah diberikan berdasarkan angka dan fakta yang sebenar.

“Saya berharap semua pihak akan memberi ruang kepada saya untuk saya melakukan peranan, sebagai (memberi) sumbangan saya.

“Mungkin sebagai seorang thought leader untuk membantu rakyat, membantu parti dan sekaligus memakmurkan negara Malaysia kita yang tercinta,” katanya di akhir siaran.

Biarpun berjaya menarik 38,000 tontontan, 6,600 reaksi dan 1143 perkongsian, Najib tidak memberikan apa-apa respons terhadap komen-komen yang ditinggalkan penonton.

Ini merupakan siaran langsung ketiga Najib dalam tempoh tujuh selepas 30 Oktober dan 1 Nov lalu.

Kenyataan terbaru Najib dibuat ketika akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, menyiarkan tulisan pojok yang mendakwa beliau berbohong.

Dengan menggunakan pembayang pantun "siakap senohong, gelama ikan duri..." sebagai judul, penulis pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia mengatakan tidak masuk akal Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu.

“Bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya mencuri," kata Awang Selamat sebagai penutup ruangannya. - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Saya tidak berhasrat menjadi PM lagi, jangan risau – Najib Razak Saya tidak berhasrat menjadi PM lagi, jangan risau – Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...