BAUCAR BUKU: Saya baru bersuara guna FB Maszlee dah tercungap-cungap – Najib



Saya guna Facebook bersuara sedikit sahaja Maszlee dah tercungap-cungap berlari ke Kabinet minta kembalikan Baucar Buku.

Belum lagi mahasiswa-mahasiswi kita mogok lapar, guling-guling atas jalan raya.

Pengsan Maszlee nanti.

Baguslah, perkara baik macam Baucar Buku mereka nak u-turn, u-turn lah.

Hari ini, saya mengajak graduan dan mahasiswa bersama-sama saya membuat tuntutan dengan Kerajaan PH.

Kalau Kerajaan tak boleh hormati dan tepati janji untuk hapuskan atau tangguh PTPTN, sekurang-kurangnya kembalikan apa yang saya berikan dulu seperti:-



1- Kembalikan dasar pengecualian bayaran balik PTPTN atau biasiswa kepada SEMUA yang mendapat Ijazah Kelas Pertama

2- Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman

3- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang

4- Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit

5- Kekalkan dasar grace period pembayaran balik pinjaman yang telah saya umumkan daripada 6 bulan kepada 12 bulan setelah tamat Pengajian

6- Kekalkan Pemberian Insentif Khas Geran Sepadan RM500 kepada pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN



Ini semua yang saya umumkan dalam Bajet 2018 BN tahun lepas.

Jika dulu saya dan Kerajaan BN dengan Bajet RM280 bilion sahaja boleh buat, hari ini tak ada alasan Kerajaan PH yang bangga sangat dengan Bajet lebih RM300 bilion tak boleh buat!

Kita tuntut! – Najib Razak



ARTIKEL BERKAITAN : BAUCAR BUKU: Najib sindir Dr Maszlee, PH curi kredit lagi
BAUCAR BUKU: Saya baru bersuara guna FB Maszlee dah tercungap-cungap – Najib BAUCAR BUKU: Saya baru bersuara guna FB Maszlee dah tercungap-cungap – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on November 14, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...